Welcome to my blog :)

rss

Thursday, April 29, 2010

10 WAYS TO INCREASE OUR IMAAN


1) Recite and ponder on the meanings of the Quran. Tranquillity then descends and our hearts become soft. To get optimum benefit, remind yourself that Allah is speaking to you. People are described in different categories in the Quran; think of which one you find yourself in.

2) Realize the greatness of Allah. Everything is under His control. There are signs in everything we see that points us to His greatness. Everything happens according to His permission. Allah keeps track and looks after everything, even a black ant on a black rock on a black moonless night.

3) Make an effort to gain knowledge, for at least the basic things in daily life e.g. how to make Wudu properly. Know the meanings behind Allah's names and attributes. People who have Taqwah are those who have knowledge.

4) Attend gatherings where Allah is remembered. In such gatherings we are surrounded by angels.

5) We have to increase our good deeds. One good deed leads to another good deed. Allah will make the way easy for someone who gives charity and also make it easy for him or her to do good deeds. Good deeds must be done continuously, not in spurts.

6) We must fear the miserable end to our lives; the remembrance of death is the destroyer of pleasures.

7) Remember the different levels of akhirah, for instance when we are put in our graves, when we are judged, whether we will be in paradise or hell.

8) Make Dua, realize that we need Allah. Be humble. Don't covet material things in this life.

9) Our love for Subhana Wa Tuala must be shown in actions. We must hope Allah will accept our prayers, and be in constant fear that we do wrong. At night before going to sleep, we must think about what good we did during that day.

10) Realize the effects of sins and disobedience- one's Iman is increased with good deeds and our Iman is decreased by bad deeds. Everything that happens is because Allah wanted it. When calamity befalls us- it is also from Allah. It is a direct result of our disobedience to Allah.

Aisha, the wife of Allah's Apostle (May peace be upon him), reported Allah's Apostle (May peace be upon him) as saying:

Kindness is not to be found in anything but that it adds to its beauty and it is not withdrawn from anything but it makes it defective.


Narrated in Sahih Muslim, Book 3, Number 6274

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA


Diluluskan pada Thursday, September 09 @ 14:35:29 MYT

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.


2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan...
Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di
sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

10 PINTU SYAITAN ROSAKKAN MANUSIA


Sumbangan teena2812 pada Thursday, September 09 @ 13:41:53 MYT

Syaitan adalah musuh yang nyata kepada umat Islam. Makhluk yang dilaknat oleh Allah SWT ini akan sedaya upaya berusaha untuk merosakkan anak-anak Adam agar terjerumus ke kancah dosa.Terdapat 10 pintu atau sikap manusia yang dapat dijadikan sebagai jalan masuk untuk merosakkan manusia.Semoga kita dapat mengambil ikhtibar daripadanya dan berusaha untuk menutup pintu-pintu tersebut dari bersarang di hati kita.AMIN....

PINTU 1: MELALUI SIFAT SOMBONG & ANGKUH

Firman Allah SWT “Janganlah engkau memiringkan pipimu ke arah manusia kerana kesombongan dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan riang kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang suka berlenggang ketika berjalan kerana sombong dan bermegah-megah.”(Lukman : 18)

PINTU 2: MELALUI SIFAT KEDEKUT & BAKHIL.

Firman Allah,“Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendak-Nya(menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian)” Al-Israk : 30)

PINTU 3: MELALUI SIFAT TAKBUR YG HADIR DLM DIRI SESEORANG

Firman Allah, “Sesungguhnya Dia tidak meyukai orang-orang yang takbur.” (An-Nahl : 23)

PINTU 4: MELALUI SIFAT RIAK & SUKA DIPUJI.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tiga perkara yang membawa kecelakaan ialah orang yang kikir dan disegani, orang yang mengikut hawa nafsu, dan bangga dengan diri sendiri.”

PINTU 5: MELALUI HASAD DENGKI & IRI HATI TERHADAP ORG LAIN

Rasulullah bersabda, “Hindarilah kamu perbuatan hasad kerana dapat memakan amalan kebaikan kamu seperti api yang memakan kayu yang kering.”

PINTU 6: MELALUI SIFAT YG SUKA MEMANDANG RENDAH & REMEH KPD ORG LAIN

Abu Umaimah pernah meriwayatkan, “Tiga orang yang tidak boleh dibina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu dan imam yang adil.”

PINTU 7: MELALUI SIFAT BANGGA DIRI & UJUB


Allah berfirman, “Janganlah engkau mengikut orang yang hatinya kami lalaikan (butakan daripada peringatan kami sdang dia mengikutn kemahuan bahawa nafsunya dan adalah perbuatan itu melebihi yang patut.” (Al-Kahfi : 28)

PINTU 8: MELALUI SIFAT SUKA BERSENANG-LENANG

Menurut Imam Ahmad yang diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Muaz Bin Jabal, “Janganlah kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-lenang sahaja.”

PINTU 9: MELALUI SIFAT SUKA BERANGAN-ANGAN & PEMALAS

Sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang pekerja apabila ia berbuat sebaik-baiknya.” (Riwayat Ahmad)

PINTU 10: MELALUI SIFAT SUKA BERBURUK SANGKA


Rasulullah bersabda, “Nanti akan ada orang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudahrosak.Sebenarnya orang yang berkata itulah yang paling rosak.” (Riwayat Muslim)

Thursday, April 15, 2010

10 Jenis Kekejaman



Sufyan Atsauri berkata:

“Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri sahaja dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum muslimin.

2. Seorang yang pandai membaca al-Quran, tetapi tiap harinya tidak disediakan masa membacanya walau satu ayat.

3. Seorang yang masuk ke masjid lalu keluar dan tidak solat sunat 2 rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota di hari jumaat kemudian tidak solat jumaat.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, namun tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di dalam perjalanan dan masing-masing tidak mahu memberi salam dan menanyakan namanya.

8. Seorang yang diundang ke suatu majlis, namun tidak mendatanginya.

9. Pemuda yang tiada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak memberinya makanan walaupun sedikit.

9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw

bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang

menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh

KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA

YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi

SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK

telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu
datanglah pahala

PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT

memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah

MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala

HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT

lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin

tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah

SIFATSILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU

lalu menyeru kepada mereka agar Menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala

SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Thursday, April 8, 2010

At-TarbiatuL QaLbi ^^




5 SYARAT TUK WT MAKSIAT


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui
Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba
Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat." Setelah mendengar
perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu
mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan
maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar
bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba
Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika
kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan
rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan
kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini
rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin
Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,
masih mampukah memakan rezekinya,
sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar
larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini
membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim
kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah,
fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-
Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian
menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim
menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat,
carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat
terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat
dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam
mana? Mana mungkin Allah tidak melihat
kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian,
apakah kamu m asih berkeinginan melakukan
maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk
dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang
hendak mencabut rohmu, katakanlah
kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku
masih mahu bertaubat dan melakukan amal
soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan
kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim,
mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini
bahawa kamu tidak boleh menunda dan
mengundurkan datangnya kematianmu, lalu
bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan
Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun
menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat
Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api
neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut
bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat
itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan
Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini
aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil
terisak-isak.

KsimpuLannye b4 nk b’mksiat :

  1. Igtla rezki yg dkurniakn ALLAH
  2. IgtLa bumi nie adala bumi ciptaan ALLAH
  3. IgtLa anywhere u go,u can’t run from ALLAH
  4. IgtLa mati (zikruL maut)
  5. IgtLa azab keras& dahsyat yg ALLAH sdiakn bg yg ingkr..

Wallahu a’lam..Ya ALLAH,kami sdr kami ini lemah,byk b’dosa & xmmpu pula tuk mnjaga diri kami dri mlakukn mksiat..Oleh itu Ya ALLAH,brilah ampun kpd kami,maafknla kami,hapusknla dosa2 kami..Bimbingla kami ke jLn yg dredhaimu & yg dsukai oleh kkasih2mu..ameen..

TidO-PeJam mata^^



4 Perkara Sebelum Tidur
( Tafsir Haqqi )


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh".

P/S:So Let us try do it noW b4 we sLeep,at Least 1 of d above stated k..
Rnung2kn & SLmt b’amaL =)