Welcome to my blog :)

rss

Wednesday, March 31, 2010

KebaHagiaAn uTama yG dCari-Zaujatu Solehah..^^



Hadis1: 4 perkara bawa kebahagiaan manusia

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"1-Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2-Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3-Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
4-dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -


"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Hadis2: Empat perkara bawa kebahagiaan manusia

Oleh Drs Wan Aminurrashid

SESUNGGUHNYA, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni dunia ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara.

Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu.

Lalu, di manakah terletaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak, harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, bangsawan atau kerusi yang empuk?

Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia.

Namun tidak bererti hanya yang empat itu saja faktor yang membawa kebahagiaan. Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah sekadar menunjukkan keutamaannya.

Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami.

Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah. Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran, melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.

Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’ ayat 34).

Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan.

Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana Allah.

Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi sabda yang bermaksud: “Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah.”

Isteri yang menggembirakan suami atau yang bermuka manis bukan bermakna wajah cantik semata-mata. Biar wajah kurang menarik, tetapi jika selalu menguntum senyum, tinggi pekerti, memancar dari keningnya cahaya iman dan keikhlasan, itulah isteri solehah yang meriangkan suami.

Isteri walaupun cantik, tetapi jika wajahnya selalu mencuka, buruk pekertinya, kening selalu berkerut, tidak akan dapat memikat hati suami.

Demikianlah juga halnya dengan soal patuh dan memelihara amanah suami yang Nabi utarakan dalam hadis ini.

Selain faktor isteri, rumah yang luas, bagus atau indah juga akan memberi kebahagiaan kepada penghuninya.

Bagaimanapun, kebahagiaan dengan memiliki rumah yang besar dan indah itu akan tercapai sepenuhnya jika disertai dengan hati yang tenang dan damai. Jika hati tidak tenteram, rumah yang luas dan indah akan terasa sempit dan tidak akan merasa bahagia.

Rumah adalah tempat berteduh malah menjadi syurga bagi
mereka yang beriman. Di rumah juga seseorang akan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan, apalagi jika didampingi isteri solehah.

Jika rumah diibaratkan istana, maka suami adalah raja, isteri solehah adalah ratu dalam rumah tangga, manakala anak-anak adalah rakyat.

Allah berfirman yang bermaksud: “Allah menjadikan untuk kamu rumah sebagai tempat tinggal (tempat ketenangan).” (Surah an-Nahl, ayat 80).

Jiran yang baik juga menjadi faktor penting kebahagiaan. Seseorang akan merasa sangat bahagia jika mempunyai jiran yang baik budi, murah hati, dermawan, saling menghormati, bertolak ansur, suka menolong dan memberi perhatian.

Jiran baik tidak akan memberi sebarang gangguan kepada kita, sama ada melalui perbuatan mahupun lisan atau ucapan; dan tidak merasa irihati dengan kelebihan yang dimiliki kita.

Malah, jiran yang baik akan tumpang gembira dan mengucapkan tahniah dengan kejayaan yang kita peroleh, dan menghulurkan pertolongan jika kita ditimpa sesuatu musibah.

Oleh itu, sekiranya kita memperoleh jiran jenis ini, kita harus memiliki sifat sedemikian kepada orang lain yang menjadi jiran, agar mereka turut merasa bahagia seperti mana kita rasai.


Kenderaan yang bagus juga adalah faktor kebahagiaan. Setiap orang mengidamkan kenderaan yang bagus atau baru, seperti kereta, motosikal dan sebagainya.

Sifat manusia memang suka kepada kebendaan. Kenderaan yang baru atau bagus akan dapat membawa seseorang ke merata tempat yang disukainya tanpa memikirkan soal kerosakan dan sebagainya, berbanding dengan kenderaan yang lama atau buruk yang mana tiada jaminan keselesaan sepanjang perjalanan.

Namun dalam soal kenderaan ini, orang beriman harus berwaspada atau berhati-hati, iaitu agar tidak sampai kenderaan itu memperbudak atau seolah menjadi ’tuan’ kepadanya.

Sudah kebiasaan bahawa kenderaan yang baru atau bagus itu akan sentiasa diberi perhatian oleh pemiliknya, seperti selalu dibasuh, diperiksa atau dibersihkan. Bagaimanapun, janganlah sampai semua urusan itu melebihi tumpuan untuk beribadat kepada Allah.

Apabila kenderaan lebih diutamakan daripada diri sendiri,
bermakna kenderaan itu sudah menjadi tuan yang memperbudakkan pemiliknya sendiri.

Kenderaan yang bagus tidak semestinya baru. Ia adalah nikmat Allah yang harus dimanfaatkan untuk kebaikan seperti lebih rajin beribadat di masjid, mengunjungi majlis ilmu atau membawa keluarga beristirehat. Janganlah hendaknya ia digunakan untuk kerap ke tempat maksiat atau melakukan perbuatan yang tidak diredhai Allah.

Sumbangan aysha pada Wednesday, August 11 @ 20:36:26 MYT

Tuesday, March 30, 2010

Aku,Ana,Me,Gua,Watashi..



Aku,
Siapa Aku,
Deringkali aku hanyut dgn keakuanku,
Pendirianku,
Keegoanku,

Sehingga adakalanya ada hati yg terhiris,
Dgn bicaraku,
Dgn sikapku,
Dan tanpa aku sedari,
Aku ingin meningkatkan maruah diri,
Aku juga yg mencacatkan diri

Siapa aku
Yg sering terkeliru
Dgn segala yg mengelilingiku
sehingga aku malu tunjulkan hakikat diri
Hanya ku pendamkan didalam hati
Sehingga aku kurang pasti
Siapa sebenarnya diri
di bawah topeng hipokrasi
Aku ingin kembali
Tunjukkan aku jln pulang
Andai ada simpati dihati
Dgn secubit kasih sayang
Yg ku pinta agar suarakku didengar
Yg ku pinta agar kau menjadi Teman
Yg sudi mengajar
Dan membetulkan kesalahanku
Bukan menjadi hakim
Yg menghukum aku tanpa Ihsan

Andai hujahku sumbang
Andai jalanku pincang
Bantulah aku si insan malang
Mencari sinar yg gemilang!

Petikan dari ssorg yg ingin mengenali dirinya.
.

Friday, March 26, 2010

Ciri2 yg disebut oleh Nabi..^^


Sahabat yg baik..

Saturday 05.22.04 [4:23 pm]

Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat,
"Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya".

Sahabat bertanya lagi, "Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?"
Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat."

PuiSi seoRang Shbt kePada Teman2nya

Sumbangan NurCahaya pada Sunday, February 08 @ 19:25:24 MYT

Sebuah puisi khas ditujukan buat teman-teman yang mengenali diri ini..
ingatlah bahawa perjuangan itu amat memeritkan,amat menakutkan,amat pahit untuk ditelan sekiranya kita gagal menongkahnya dengan sempurna.. setiap apa yang berlaku adalah ketentuanNya...kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang sedangkan Dia yang menentukan segalanya...hayatilah bait-bait puisi ini untuk renungan kita bersama....


Buat seorang teman,
Pernah seiring meniti usia,
Erat beriringan dibatas perjuangan,
Belum tentu pula menang atau tewasnya..

Buat seorang teman,
Usahlah mudah meletak harapan,
Setinggi awan dikaki langit,
Bimbang tak mampu untuk menggapainya,
Kerana terkadang sinar mentari,
Beransur suram dibalik mendung yang hitam..

Sedarilah wahai temanku..
Pelayaran kita masih jauh..
Terkadang aku terpaku..
Memutar persoalan ligat difikiran..
Memainkan lagu yang aku sendiri tidak pasti apa tajuknya
Mengalunkan tanda tanya yang belum terjawab
oleh akal yang sempurna
Apakah mampu kita berlayar?
Adakah larat kita berlayar?
Untuk ke destinasi yang belum tentu haluannya,
Sedangkan deru angin
Tidak tahu bila mengganas
Menerbangkan segala harapan
Melayangkan segala impian
Yang hanya sekadar
Hiasan dipinggiran hati..

Namun,
Terkadang pepulau yang indah menjadi penyelamat kita
Dari menjadi mangsa deruan angin mengerikan itu
Terdamparlah kita di atas pepasir yang memutih
Berteduhlah..
Walau seketika..
Untuk mencari ilham,
Sebelum bangkit meneruskan pelayaran,
Renungkanlah kembali,
Aturkanlah semula,
Usah lupa bawalah bersama,
Secubit semangat,sesudu ketabahan,secangkir
keberanian,semangkuk kesabaran,
Sebagai bekalan pengembaraan nanti..

Buat teman dan insan bergelar ‘aku’
Percayalah..
Pasrahkan diri mohonlah kepadanya..
Moga pelayaran ini
Selamat sampai keseberang sana..
Usah dihirau ombak yang mengganas,
Tongkahlah ia dengan keteguhan dijiwa,
Walaupun tanpa perlindungan
Walaupun pendayung hanyut ditelan gelombang
Hujan dan panas usah hiraukan
Ingatlah..perlindungan hakiki,
Setia menemani kita,
Redhalah dengan dugaanNya..


Namun temanku..
Bila hampir keseberang sana,
Jangan sesekali alpa,
Usah lupa menoleh kebelakang
Imbas kembali detik mencemaskan
Sesekali labuhkanlah layar
Perbaiki semula layar yang rosak
Pastikan ia teguh kembali,
Agar betah mengejar sinar…
Kegemilangan yang tiada galang gantinya..

Dan andainya perahu ku karam,
Ditengah lautan yang menggerunkan ini,
Teruskanlah pelayaran ini teman,
Aku kan merindu,
Kenangan kita dalam pelayaran itu…

Buat ‘aku’ dan seorang teman..

Moga ukhuwah ini berkekalan.
Lestari hingga ke akhirnya..
Restu Mu Illahi moga selamat semuanya…




Pena_Manja 2004
Kluang Johor..

A True FrienD..^^





A friend is someone we lean on,
When we are feeling weak.

A friend is someone who help's us,
Find what it is we seek.

A friend is someone who looks out for
you,
In all they say and do.

A friend is someone you don't have to
tell,
For they already knew.

A friend is someone who would,
Go that extra mile.

A friend is someone who show's us,
A heart that does truly smile.

A friend is someone who'll stand by you,
And help you through your day.

A friend is someone who'll show you,
There is always a way.

A friend is someone who'll dry your
tears,
When you feel you have to cry.

A friend is someone who'll pull you
through,
When the tide feels ever so high.




A friend is someone who'll be there,
Until the very end.

A friend is someone who'll show us,
How that broken heart they'll mend.

A friend is someone who give's us,
Understanding, Joy and Grace.

A friend is someone who makes this
world,
Truly a wonderful place.
A friend is someone we lean on,
When we are feeling weak.

A friend is someone who help's us,
Find what it is we seek.

A friend is someone who looks out for
you,
In all they say and do.

A friend is someone you don't have to
tell,
For they already knew.

A friend is someone who would,
Go that extra mile.

A friend is someone who show's us,
A heart that does truly smile.

A friend is someone who'll stand by you,
And help you through your day.

A friend is someone who'll show you,
There is always a way.


A friend is someone who'll dry your
tears,
When you feel you have to cry.

A friend is someone who'll pull you
through,
When the tide feels ever so high.

A friend is someone who'll be there,
Until the very end.

A friend is someone who'll show us,
How that broken heart they'll mend.

A friend is someone who give's us,
Understanding, Joy and Grace.

A friend is someone who makes this
world,
Truly a wonderful place.